Tuesday 14 February 2017

HADIR KE MAHKAMAH MAJISTRET KES ROAD TAX MATI

Assalamua'laikum...

And yeah harini la hari yang I suppose to go to court. Ni pun baru balik and terus nak share kat sini. Okay haritu aku ada bebel kat sini pasai Roadtax Mati Kena Naik Mahkamah biasalah perempuan mana boleh hidup kalau tak beletiaq. HAHAHA

So pagi tadi 7.15 dah keluar rumah nak pi Mahkamah Alor Setar untuk selesaikan kes road tax mati haritu. Dah sampai pukul 8 lama gila menunggu JPJ mana tak sampai lagi ni. Dalam 9 pagi semua kena masuk Mahkamah Majistret 2 dan bagi surat saman dekat pegawai JPJ dalam tu. Aku pulak pi dengan ayah sebab ayah pun kena jugak dah motor atas nama dia. HUHU tak pasai dia kena. Kesian~

Ingat lepas bagi surat terus settle? Tak weh takkkkkkk. Menunggu lagi depa settle kertas-kertas semua tu sampai la 9.30 mungkin, bunyi siren pendek tanda Tok Hakim masuk. Semua kena bangun berdiri tanda hormat and pheww terus mula panggil nama one by one mengadap Tok Hakim. Keluarkan IC awal-awal sebab peguam akan minta IC masa menghadap Tok Hakim tu. Peguam akan baca pertuduhan contohnya macam ni.

"Fatin Najihah Maruzuki pada 8/12/2016  anda telah bla...bla...bla... Anda faham?" (Faham)
"Mengaku bersalah?" (Mengaku)
"Ada sebarang rayuan?" (Saya merayu kurangkan denda sebab saya tak bekerja)
Hakim: "RM100"

Terus masuk bilik menunggu untuk bayar saman. Ayah Fatin pemilik motor kena RM200 okay! Syukur lah bila campur baru RM300 tak sampai RM500 ke atas. Masa tengah menunggu tu akak kat sebelah pun kena sebab road tax mati jugak tapi kereta so RM150. Bayar lah dengan redha. Since salah aku so aku belanja la saman ayah tu guna duit kerja part time haritu. Selesai sudah. Lega rasa.

Google

By the way masa tengah menunggu tu dia akan tanya ada tunai atau tak, kalau takda kena tahan sekejap sebab bila dah bayar baru akan dapat balik IC kalau tak bayar memang depa pegang IC kita. Seram jugak la kat tempat menunggu tu sebab ada banduan bergari dalam penjara tepi tu muka ganas-ganas takuttttttttt. Lagi sorang tu pasai bawak lori tanah merah terlebih muatan. Dia kena RM700, tauke dia RM700. Total dah RM1400 hm melayang duit.

Nasihat aku, kalau korang ada yg senasib macam aku. Jangan buat rayuan cakap panjang-panjang nanti orang tak layan. Terus ja cakap sebab apa buat rayuan. Cakaplah macam aku, tak bekerja. Yalah dah aku student. Kalau bagitau panjang pun depa akan buat taktau ja nanti malu ja dapat. Kalau ada sapa nak tanya anything regarding this. Komen ja inshaAllah aku reply nanti okay.

Thanks for reading!

No comments:

Post a Comment