Monday 20 February 2017

MOHON PTPTN SAMBUNG DEGREE 2017

Hai!

Sedikit guideline untuk student yang nak mohon PTPTN kali kedua sambung DEGREE macam I. Mungkin berguna jugak untuk student DIPLOMA so jom ke Website PTPTN. Sebelum tu, anda wajib okay beli NO PIN BSN harga dalam RM5.00 murah sangat tu..... Walaupun DIPLOMA dulu dah pernah mohon PTPTN, wajib beli NO PIN BSN lagi untuk DEGREE punya. Haaaaa lagi satu anda wajib ada akaun SSPN. Mana yang dah mohon untuk DIPLOMA dulu mungkin dah ada so tak payah risau. Anda yang baru first time nak mohon kena lah bukak akaun SSPN first. Boleh ke cawangan MAYBANK untuk bukak akaun okay..

Dah masuk Website PTPTN? Klik Permohonan Pinjaman.




Lepas tu masukkan IC dan Password sebelum ni. Kalau terlupa boleh reset balik kat email anda. Tapi kalau email pun dah hilang macam mana? Sapa suruh hilangkan ni? Kan dah susah. Hakak marah ni. Hahaha taklah gurau ja. Apa lagi terpaksa la anda contact Pegawai PTPTN. Godek la no. dekat Website PTPTN tu ya..




Dah boleh Log In klik PENDAFTARAN BARU




Haaaaa selamat mengisi apa yang patut sampai pening kepala okay.. Part ni kena rujuk NO PIN BSN untuk isi.




Okay move on to BUTIRAN KURSUS. Tahap pengajian untuk student DEGREE anda kena letak IJAZAH PERTAMA SEPENUH MASA.




Dah selesai isi semua jangan klik Ya lagi, semak balik satu-satu maklumat yang dah isi tu. Semak betul-betul sebab kalau dah klik Ya tak boleh semak dah kena buat permohonan baru, kena beli NO PIN baru. Ya semua baru............

I dah settle isi semua tapi bila I try nak Log In balik tak boleh. Relaks jangan gelabah. Ada problem dengan connection tu. Pi rehat-rehat dulu penat kann isi PTPTN hahaha. Dah tenang nanti try Log In balik.

Soal penangguhan I tak sure lagi prosedur macam mana. Jangan risau nanti I share sini bila I dah tau..

Tahniah pada sapa yang dapat sambung DEGREE! Jangan takut-takut, hadapi lah dengan tenang okay..

Thanks for reading!

No comments:

Post a Comment